Dua hari lawatan kerja Sdra Ahmad Umar Khair Zainuddin, Pegawai Khas Setiausaha Politik Perdana Menteri di Kota Marudu, beliau sempat bertemu dan menyantuni Otai Reformasi di mana mereka inilah orang awal yang mengerakkan Parti Keadilan di Kota Marudu, mencari ahli, dan menubuhkan ranting di kampung.
Pengorbanan mereka tidak boleh dilupakan. Walaupun ada yang masih bersama Keadilan ataupun yang telah beralih daripada politik, mereka tetap pernah menyumbang jasa kepada parti ini.
Sumbangan kewangan turut disampaikan daripada YBhg Datuk Azman Abidin Man Btr dan YBhg Kamil Munim, Setiausaha Politik YAB Menteri Kewangan, kepada otai Reformasi.
Terima kasih kepada Sdra Ahmad Umar dan rakan-rakan pimpinan AMK Cabang Kota Marudu – Syam Tom’s, Md Izwan, Rozi Anna Pius, Abd Rahim Sakmad, Difnie Sondili, Mawar Merah, Mohd Fazlan Amg Runner Kota Marudu, dan lain-lain – yang menjayakan program ini. Sampai ke malam, kita turun ke Kampung Tanjung Batu Darat untuk menyantuni mereka.
InsyaAllah kita akan terus menyantuni Ahli Parti, khususnya Otai Reformasi ini, di masa akan datang.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca
#MalaysiaMadani #AMKSabah #AMKKotaMarudu #BekerjaUntukRakyat