Syukur Alhamdulillah, saya bersama Awang Husaini Awang Sahari, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat merangkap Ketua Cabang Putatan, berkesempatan menyantuni dua buah kuil di sekitar Kota Kinabalu dalam program Ziarah Kasih Madani.
Dalam program ini, kami telah menyerahkan 100 buah kotak makanan serta sumbangan kewangan yang diwakili oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, YBhg Muhammad Kamil Munim.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Kebajikan Ushawanita Sabah, Rozi Anna Pius, serta Ketua-Ketua AMK Cabang dan Serikandi Sabah, Saudari Diana Redzuan, bersama pasukan mereka yang turut sama menjayakan program ini.
Semoga kita dapat terus bekerjasama dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan pada masa akan datang.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca