Bersama rakan-rakan Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Kota Marudu, kami telah berkesempatan melawat rumah Ketua Kampung Marasimism yang mengalami kerosakan teruk pada atap akibat ribut yang berlaku baru-baru ini. Sebagai tanda solidariti, kami telah menyerahkan sumbangan kewangan bagi membantu proses baik pulih rumah beliau. Semoga segala urusan dipermudahkan dan rumah tersebut dapat dibaiki dengan segera.
Kami juga singgah ke rumah sahabat kami, Pacik Ali, yang mengalami strok tetapi kini semakin pulih. Kami mendoakan agar segala proses rawatan berjalan lancar dan beliau segera sembuh.
Selain itu, kami turut berbesar hati menyerahkan sumbangan kewangan kepada Adik Ezad, yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Semoga beliau terus berjaya dalam akademik dan kehidupan.
Semoga segala usaha ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, dan kami di AMK akan terus mendengar serta membantu sebaik mungkin.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca