Pada 12 September 2024 (Khamis), saya telah meninjau Pusat Kawalan Operasi bagi usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai dibaham buaya di Kg. Marudu Darat, Kota Marudu.
Kami mendoakan agar segala urusan mencari dan menyelamat ini dipermudahkan, khususnya kepada pihak berkuasa yang sedang giat menjalankan operasi ini.
Saya juga ingin menasihatkan para nelayan serta penduduk yang turun ke laut dan sungai agar lebih berhati-hati selepas kejadian ini.
Dalam masa yang sama, saya menggesa pihak berkuasa serta jabatan hidupan liar untuk mengambil langkah segera dalam menangani populasi buaya yang semakin meningkat di sungai Kota Marudu. Keadaan ini mendatangkan kegusaran kepada penduduk kampung yang mencari rezeki di kawasan air.
Saya berharap tindakan proaktif dan berkesan dapat diambil bagi mengurangkan risiko kepada keselamatan penduduk di sekitar kawasan terlibat.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca