Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas langkah berani dalam menyelaras gaji penjawat awam. Keputusan ini bukan sahaja memperbaiki kebajikan kakitangan kerajaan tetapi juga menyuntik semangat baharu kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan lebih komited dan dedikasi.
Penyelarasan ini adalah satu langkah penting dalam memastikan gaji penjawat awam selaras dengan kos sara hidup semasa, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup mereka dan keluarga.
Saya yakin, dengan pendekatan Kerajaan MADANI, penjawat awam akan terus diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam usaha mereka memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap dan berkesan.
Sekali lagi, tahniah PMX Anwar Ibrahim dan kerajaan atas inisiatif ini!
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca