Bulan Zulhijjah bulan mulia,
Disambut dengan hati gembira;
10 Zulhijjah kini menjelma,
Ucapan dikirim maaf dipinta.
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1445 Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya di Kota Marudu dan Sabah.
Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi juga simbol pengorbanan, keikhlasan, dan keimanan dalam menjalani kehidupan. Semoga kita semua terus menghayati erti sebenar pengorbanan dan kesabaran dalam menempuh setiap cabaran hidup.
Bagi mereka yang menunaikan ibadah haji, saya mendoakan agar segala amalan diterima dan diberikan haji yang mabrur. Kepada yang berkorban, semoga pengorbanan ini menjadi tanda syukur dan keikhlasan dalam ibadah kita.
Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin.
Ikhlas dari:
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Tonton video penuh di sini:
Klik untuk menonton