Kota Marudu, 28 Mei 2024 (Selasa) – Saya bersama teman-teman daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Marudu telah mengadakan Program Ziarah Kasih di Kampung Bintasan Tengah, Kota Marudu.
Dalam program ini, seramai 17 keluarga telah disantuni, terdiri daripada golongan warga emas, pesakit, dan orang kurang upaya (OKU). Mereka menerima kotak makanan asas sebagai bantuan bagi meringankan sedikit sebanyak beban kehidupan seharian.
Semoga dengan sumbangan ini, kita dapat membantu golongan yang memerlukan, seterusnya menyuburkan semangat kebersamaan dan prihatin terhadap masyarakat yang kurang bernasib baik. InsyaAllah, saya dan AMK akan sentiasa mendengar dan membantu mana-mana keluarga yang memerlukan sokongan.
Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha kita terus berpanjangan demi kesejahteraan rakyat.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil