Meneruskan usaha kebajikan melalui Program Ziarah Kasih, saya bersama rakan-rakan daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Marudu telah turun padang ke Kampung Minansad, Kota Marudu.
Dalam program ini, seramai 16 Ketua Isi Rumah telah disantuni, di mana kami berkesempatan menziarahi mereka dan menyampaikan sumbangan keperluan asas. Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu keluarga yang memerlukan serta meringankan beban mereka.
Turut serta dalam program ini ialah Ketua Kampung Minansad, Timbalan Ketua AMK Cabang Sdra Hisyam, Sdra Rahim, Sdra Ali Musa, En. Rahman, dan lain-lain pemimpin setempat yang bersama-sama menjayakan usaha ini.
Terima kasih kepada semua yang turut serta dan menyokong program kebajikan ini. Semoga usaha membantu masyarakat terus berpanjangan dan memberikan manfaat kepada lebih ramai golongan memerlukan.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca