Program Kembara Jumpa Orang Muda Daerah Kota Marudu telah berlangsung dengan penuh semangat dan mendapat sambutan baik, khususnya dalam kalangan belia di daerah ini.
Program ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, yang berpeluang berinteraksi secara langsung dengan golongan muda serta menjawab pelbagai persoalan mereka.
Saya berharap kehadiran YBTM KBS di Kota Marudu ini akan membawa sinar baharu kepada belia daerah ini, terutama dalam memperkasa peranan mereka dalam pembangunan setempat.
Terima kasih juga kepada YB Adam Adli kerana memilih Kota Marudu sebagai salah satu destinasi lawatan kerja. Saya juga telah menyatakan kepada beliau bahawa jika datang ke Sabah, wajib datang ke Kota Marudu!
Turut hadir dalam program ini:
- YB Hendrus Anding, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah
- YBhg Puan Meirin Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu
- Datuk Maijol Mahap, Ketua Bahagian PGRS Bandau
- YBhg Dr Christopher Mandut, Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS)
- Ketua-Ketua Jabatan
- YBrs Hisyam Ali Hassan, Timbalan Ketua AMK Kota Marudu
Semoga program seperti ini dapat diteruskan untuk mengangkat suara dan aspirasi belia Kota Marudu ke peringkat yang lebih tinggi.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca