Alhamdulillah, dalam kesibukan lawatan kerja YB Adam Adli ke Sabah baru-baru ini, beliau sempat hadir ke Pejabat Pusat Khidmat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Marudu di 1 Avenue bagi merasmikan pejabat tersebut.
Pejabat ini diwujudkan sebagai pusat perkhidmatan bagi membantu masyarakat setempat, khususnya golongan muda, dalam mendapatkan bantuan, khidmat nasihat, serta menyampaikan aspirasi mereka.
Dalam sesi lawatan ini, YB Adam Adli turut beramah mesra dan menyantuni ahli parti yang hadir. Terima kasih YB atas kesudian meluangkan masa bersama kami!
Saya juga ingin mengajak golongan muda di Kota Marudu untuk bersama-sama menyertai Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Marudu. Anda boleh terus hadir ke Pejabat Pusat Khidmat kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca