Saya berbesar hati dapat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan (MATC) Cabang Kudat yang berlangsung di Friendly Town Hotel.
Syabas dan tahniah kepada Ketua Cabang Kudat, YBrs Stefly Said, serta ahli jawatankuasanya kerana berjaya melaksanakan MATC dengan jayanya.
Saya menegaskan kepentingan kesatuan dalam kepimpinan cabang dan ahli parti untuk memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di setiap kawasan agar terus diterima rakyat.
Selain itu, saya juga mengingatkan jentera parti supaya memperkemaskan gerak kerja di lapangan dan memberi tumpuan kepada pengkaderan ahli. Ini penting bagi memastikan Keadilan melahirkan lebih ramai pemimpin berkualiti yang memahami erti perjuangan reformasi.
Turut hadir dalam majlis ini:
- YBrs Puan Rehan Yakub, Ketua Wanita Keadilan Negeri Sabah
Saya berharap semangat kesatuan dan gerak kerja berpasukan yang telah dipamerkan oleh Cabang Kudat akan menjadi contoh kepada cabang-cabang lain di Sabah.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca