Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dan merasmikan Majlis Ihtifal Ilmi KAFA Pitas 1 yang berlangsung di Sekolah Agama Rakyat Tandek, Kota Marudu.
Tahniah diucapkan kepada Penyelia KAFA Pitas 1, Ustazah Zimah Musfirah, serta Ahli Jawatankuasa Penganjur yang berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pertandingan yang diadakan, termasuk:
- Tilawah Al-Quran
- Hafazan
- Bercerita
- Nasyid
- Menulis Khat
- Menulis Jawi
Saya melihat sendiri kesungguhan dan bakat besar yang dimiliki oleh pelajar-pelajar KAFA ini. Semoga mereka terus berjaya hingga ke peringkat PBU nanti.
Turut hadir dalam majlis ini:
- YBhg Tuan Johari Abdullah, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Pitas merangkap Pengerusi KAFA Pitas 1
- AL Fadhil Ustaz Aziem, Wakil daripada HQ KAFA Sabah
- Mohd Hisyam Ali Hassan (Syam Tom’s), Timbalan Ketua AMK Cabang Kota Marudu
- Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Kota Marudu
Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan layanan yang sangat baik. Semoga program seperti ini terus menjadi platform dalam membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil