Saya berbesar hati dapat hadir merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan dan Perasmian Dewan Masyarakat di Kampung Pandawar, Kota Marudu.
Syukur Alhamdulillah, kehadiran penduduk kampung yang begitu ramai walaupun pada hari bekerja membuktikan bahawa Kaamatan bukan sekadar perayaan, tetapi juga simbol perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.
Penduduk kampung turut menyampaikan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Madani kerana kampung mereka telah menerima peruntukan pada tahun lepas untuk:
- Pembinaan Dewan Masyarakat kampung
- Jambatan konkrit
- Peruntukan menaiktaraf jalan raya ke konkrit
Selepas bertahun-tahun permohonan dibuat, akhirnya kelulusan telah diberikan. Ini membuktikan bahawa kerajaan hari ini komited dalam menangani masalah infrastruktur asas rakyat. Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat kampung.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih khas kepada:
- YBrs Tuan Joumin Gapil (Ketua Kampung Pandawar)
- YBrs En Brolex Bieun (JPKK Kg. Pandawar)
- YBrs En Jidinus Thomas (Pengerusi Dewan Masyarakat Kg. Pandawar)
- Ahli Jawatankuasa Penganjur
Turut hadir bersama:
- YBhg Hisyam Ali Hassan T. (Ketua AMK Cabang Kota Marudu)
- Puan Rozi Anna Pius (Naib Ketua AMK Cabang Kota Marudu)
- Abd Rahim Sakmad (Ketua Penerangan AMK Cabang Kota Marudu)
- Puan Bella (Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Kota Marudu)
- Ketua-ketua ranting yang hadir bersama
Semoga inisiatif seperti ini terus memberi manfaat kepada rakyat. Terima kasih kepada semua yang terlibat!
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca