Memenuhi jemputan YBhg Datuk Fairuz Renddan, Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri N.8 Pintasan merangkap Pembantu Menteri Belia & Sukan Sabah dalam Majlis Penyerahan Geran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) yang melibatkan beberapa buah kampung dalam DUN Pintasan.
Syabas dan tahniah atas usaha dan kerja keras beliau, akhirnya lebih 700 individu telah berjaya mendapatkan geran tanah dalam DUN tersebut. Ini adalah satu langkah besar dalam memastikan hak pemilikan tanah yang sah serta kesejahteraan masyarakat setempat terus terjamin.
Majlis turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Arifin Arif, Menteri Sains Teknologi & Inovasi, YB Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Panglima Salleh Said, YB Datuk Arsad Bestari, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan ramai lagi pemimpin negeri yang hadir bagi menyaksikan majlis penuh bermakna ini.
Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan bagi memastikan lebih ramai rakyat Sabah mendapat hak pemilikan tanah mereka dengan lebih mudah dan telus.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Tonton video penuh majlis di sini:
Klik untuk menonton