Saya berbesar hati dapat mengiringi YBrs Muhammad Kamil Munim, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan Malaysia, dalam majlis penyampaian sumbangan kewangan daripada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim kepada pelajar-pelajar cemerlang yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
Majlis ini merupakan manifestasi keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap pendidikan generasi muda, terutama pelajar yang berusaha keras mencapai kecemerlangan akademik.
Turut hadir dalam majlis ini:
- YBrs Tuan Awang Husaini Awang Sahari, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima sumbangan ini, termasuk ibu bapa mereka yang telah memberi sokongan dan dorongan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai anak muda untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan demi masa depan yang lebih gemilang.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca