Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Datuk Dr Haji Sangkar Rasam atas pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pelantikan ini adalah satu penghormatan dan pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau yang berwibawa dalam memperjuangkan agenda parti serta kebajikan rakyat.
Tidak ketinggalan, tahniah juga diucapkan kepada YBhg Datuk Mustapha Sakmud II atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu. Bersama beliau, YB Peto Galim Peto Peter telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Sabah.
Pelantikan ini merupakan langkah strategik bagi memperkukuhkan kepimpinan PKR di Sabah, selari dengan perjuangan Reformasi dan Malaysia Madani. Dengan pengalaman serta komitmen yang tinggi, saya yakin barisan kepimpinan baharu ini akan terus membawa perubahan positif serta memperkasakan peranan PKR Sabah dalam membela rakyat dan memperjuangkan keadilan.
Saya menyeru kepada semua ahli dan penyokong parti untuk memberikan sokongan padu kepada kepimpinan yang baharu ini dalam usaha membina masa depan yang lebih baik untuk rakyat Sabah. Semoga perjuangan ini terus teguh dan istiqamah demi kesejahteraan bersama.
Selamat menjalankan tugas dan teruskan berkhidmat untuk rakyat!
Malaysia Madani, Sabah Maju, Rakyat Sejahtera!
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil