Saya bersama kepimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah telah menghadiri Program NextGen Academy Sabah For Political Party Youth, anjuran International Republican Institute.
Program ini memberikan banyak ilmu yang bermanfaat, terutamanya dalam pengucapan awam dan pengurusan organisasi parti politik. Ini adalah satu platform yang penting bagi melahirkan pemimpin muda yang lebih berdaya saing dan bersedia untuk membawa perubahan kepada negara.
Turut hadir dalam program ini adalah rakan-rakan kepimpinan daripada pelbagai parti, termasuk PKR, UMNO, WARISAN, UPKO, BERSATU, MUDA, dan DAP. Ini mencerminkan kepentingan keterbukaan dan kolaborasi dalam membina masa depan politik yang lebih progresif dan inklusif.
Saya ingin merakamkan terima kasih kepada pihak penganjur atas peluang ini. Semoga lebih banyak program pembangunan kepimpinan seperti ini dapat diadakan untuk manfaat generasi muda dalam arena politik.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca