Saya berkesempatan menghadiri Majlis Penyerahan Dana Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) 2.0 yang diadakan di Mini Dewan Raihan 7, Kota Marudu.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah. SYABAS 2.0 merupakan satu inisiatif kerajaan negeri yang bertujuan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengembangkan perniagaan mereka, khususnya di kalangan usahawan belia.
Saya melihat program seperti ini sangat penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi tempatan serta memberi peluang kepada usahawan muda untuk maju dalam dunia perniagaan.
Turut hadir dalam majlis ini:
- YBhg Datuk Redonah Bahanda, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah
- Puan Meirin Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu
- YBhg Tuan Sharif Kadah, UPPM N.6 Bandau
- Pegawai KBS Pantai Barat Utara
- Farid Liman, Ketua Pemuda PGRS N.6 Bandau
- Hisyam Ali Hassan, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Semoga program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan untuk manfaat lebih ramai usahawan muda Sabah.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca
Tags: MalaysiaMadani, AMKSabah, BekerjaUntukRakyat, UsahawanBelia, PKSSabah