Pada 14 Disember 2024 (Sabtu), Angkatan Muda Keadilan Sabah dan AMK Cabang Kota Marudu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu untuk membuat laporan polis terhadap pemilik akaun TikTok tomos_02 dan Mohd Ramadhani_70.
Individu-individu ini telah memuat naik kenyataan yang bermotifkan politik serta berunsur fitnah, memberikan imej negatif kepada YAB Perdana Menteri dengan mendakwa bahawa pelantikan Tan Sri Musa sebagai TYT bertujuan untuk menghapuskan MA63.
Tindakan ini jelas bersifat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat dalam menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengelirukan rakyat serta menggugat kestabilan negara.
Kami berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera mengambil tindakan dengan membuka kertas siasatan di bawah:
- Akta Hasutan 1948
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 588)
- Akta Fitnah 1957 (Seksyen 286)
Sebagai rakyat Malaysia yang berpegang kepada nilai integriti dan kebenaran, kita harus menolak budaya fitnah serta politik toksik yang boleh merosakkan perpaduan negara.
Baca artikel penuh di sini
Klik untuk membaca
Ikuti perkembangan terkini di
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
Twitter/X: @zaidijatil