Himpunan Perdana Rakyat Keadilan Sabah telah mencatat sejarah dengan kehadiran 15,000 anggota parti dari seluruh pelusuk Sabah. Kehadiran ini membuktikan bahawa gelombang sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini semakin kuat dan mendapat kepercayaan rakyat.
Majlis ini menjadi lebih bermakna dengan Amanat daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, serta pimpinan Keadilan Pusat. Kehadiran orang ramai yang memenuhi setiap ruang Sabah International Convention Centre (SICC) menandakan komitmen dan kesatuan dalam perjuangan Keadilan di Sabah.
Tahniah kepada Datuk Ts Mustapha Mohd Yunus Sakmud atas kepimpinan yang terus memperkukuhkan PKR Sabah. Semoga momentum ini dapat diterjemahkan kepada gerak kerja yang lebih mantap bagi memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat Sabah.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca
Tags: MalaysiaMadani, AngkatanMudaKeadilanSabah, BekerjaUntukRakyat, KeadilanSabah