Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan asas kepada hak dan autonomi Sabah serta Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Namun, isu ini sering kali diabaikan ketika sesetengah pihak berkuasa, tetapi tiba-tiba dijadikan modal perjuangan apabila tidak lagi memegang tampuk kepimpinan.
Persoalannya, di mana mereka ketika mempunyai kuasa untuk melaksanakan perubahan? Mengapa hanya selepas kehilangan kuasa, mereka tampil sebagai pejuang hak-hak Sabah?
Rakyat Sabah tidak boleh lagi diperdayakan dengan retorik kosong. Perjuangan hak Sabah mesti berlandaskan tindakan nyata, bukan sekadar slogan untuk meraih sokongan politik. Sabah berhak mendapatkan keadilan, peruntukan yang adil, dan autonomi seperti yang termaktub dalam MA63.
Kita perlu pemimpin yang benar-benar komited dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah, bukan sekadar muncul ketika musim pilihan raya atau selepas kehilangan kuasa.
Apa pendapat anda?
Zaidi Jatil
Kota Marudu, Sabah
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca