Pada 23 Februari 2025, saya berkesempatan menghadiri Program Gotong-Royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Beliajung bersama penduduk kampung. Dalam program ini, saya juga menyampaikan sumbangan kewangan bagi pembelian dua buah mesin rumput untuk kegunaan penduduk pada masa akan datang.
Selepas itu, saya memenuhi undangan ke Majlis Sambutan Hari Keluarga Sakag Aki Pamadsu bin Jainie yang berlangsung di Kg. Singgahmata, Kota Marudu. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Hendrus Anding, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, serta YBhg Jamil Majingkin, Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu bersama pimpinan lain.
Terima kasih atas jemputan dan sokongan semua pihak yang menjayakan kedua-dua program ini. Semoga segala usaha ini terus memperkukuhkan ukhuwah dan kebersamaan dalam masyarakat.
π Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca
π Ikuti perkembangan terkini di:
π Facebook: Zaidi Jatil
π Instagram: @zaidi_jatil
π Twitter/X: @zaidijatil