Menghadiri Program Angkatan Muda Harapan Sabah di Dewan Tintap Moyog, Penampang.
Majlis dimulakan dengan pembentangan daripada setiap ahli panel:
- Halatuju, Strategi dan Pelan Tindakan Pemuda Pakatan Harapan Sabah menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah – Zaidi Jatil (Ketua AMK Sabah)
- Memperkasakan Ekonomi Anak Muda – Grelydia Gillod (Naib Ketua Pemuda DAPSY Sabah)
- Cabaran Menangani Isu 3R – Salleh Jatil (Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Sabah)
- Tuntutan MA63 dan Persempadanan Semula Kawasan Parlimen – Felix Joseph Saang (Ketua Pemuda UPKO Pusat)
Saya amat bersetuju dengan usaha sebegini di mana kita dapat berbincang dan menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh ahli parti berkaitan isu semasa.
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada sahabat saya, YBhg Felix Joseph Saang, Ketua Angkatan Muda Harapan Sabah merangkap Ketua Pemuda UPKO Pusat dan ahli jawatankuasa penganjur. Onsoi!
Program ini dirasmikan oleh YBhg Datuk Donald Peter Mojuntin, Timbalan Presiden UPKO Pusat.
InsyaAllah, Program Angkatan Muda Harapan Sabah yang seterusnya akan kita laksanakan di Daerah Kota Marudu, anjuran AMK Sabah. Kita akan pastikan Angkatan Muda Harapan Sabah berada dalam keadaan siap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang.
Zaidi Jatil
Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan Sabah
Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca