Pada 23 September 2024 (Isnin), Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Marudu telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook MOSSES PA AMPANG yang telah memuat naik video berdurasi 8 minit dengan kandungan berunsur hasutan dan bertentangan dengan semangat perpaduan Malaysia.
Kandungan video tersebut menyebut:
“Sekarang adalah upacara menurunkan bendera Malaysia sebagai simbolik kita menurunkan penjajahan Malaya/Malaysia di tanah bumi Sabah dan Sarawak. Selepas itu, kita akan menaikkan bendera Sabah dan Sarawak dan sekarang kita menurunkan bendera Malaysia. Kita akan menyanyikan lagu Sabah Tanah Airku sebagai simbolik kita merdeka dan menjadi Negara Republik.”
Kenyataan ini jelas bercanggah dengan semangat penubuhan Malaysia serta bersifat menghasut dan menggugat perpaduan serta keamanan rakyat Sabah dan Sarawak.
Tindakan AMK Kota Marudu
Kami telah menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pemilik akaun Facebook berkenaan di bawah:
- Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948
- Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat dan mencetuskan ketegangan kaum serta negeri. Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan sebarang usaha menghasut ke arah pemisahan harus ditolak sepenuhnya.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca