Alhamdulillah, saya berkesempatan merasmikan Majlis Ilmu Forum Anjung At-Taqwa di Masjid Daerah Kota Marudu, yang dianjurkan oleh Sabah FM dengan kerjasama JHEAINS Sabah.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sabah FM serta JHEAINS Kota Marudu kerana berjaya menganjurkan majlis ilmu yang sangat bermanfaat ini.
Kehadiran yang begitu ramai dalam majlis ini membuktikan bahawa masyarakat amat mengalu-alukan program ilmu, dan saya berharap agar program seperti ini dapat terus diperluaskan ke kampung-kampung pedalaman di Daerah Kota Marudu.
Turut hadir dalam majlis ini adalah:
- YBrs Tuan Jasri Haji Juki, Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah Kota Marudu
- Al-Fadhil Ustaz Abdul Khalil Hassan, Penolong Pengarah Kanan JHEAINS Sabah
- Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Syahir H. Ismail, Pengarah Akademi Al-Quran Al-Farabi
- Al-Fadhil Ustaz Rani Abdul Rahman, Pegawai Dakwah JHEAINS
- Al-Fadhil Ustaz Rahmat Parasun, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Kota Marudu
- Al-Fadhil Ustaz Zaki Loumin, Penolong Hal Ehwal Islam Bahagian Penyelidikan dan Informasi JHEAINS Sabah
- Al-Fadhil Ustaz Azalan Saiwah, Penolong Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Kota Marudu
- Al-Fadhil Ustaz Abdul Pakar Imam Kassam, Timbalan Pengerusi Masjid Daerah Kota Marudu
Saya berharap agar program-program berbentuk keilmuan dan kerohanian seperti ini akan terus diperbanyakkan bagi memperkukuhkan nilai Islam dan perpaduan dalam masyarakat.
Zaidi Jatil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Marudu
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca