Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkenaan masalah penyelenggaraan jalan di Kota Marudu.
Pada hari ini, banyak jalan kampung tidak diselenggara dengan baik, termasuk pemotongan rumput dan pembersihan kawasan parit di pekan Kota Marudu. Ini bukan sahaja mencacatkan persekitaran tetapi juga mencerminkan kegagalan dalam pengurusan infrastruktur asas.
Sepatutnya, perkara ini dipantau oleh agensi yang diberi kuasa. Jika hal sekecil pemotongan rumput dan pembersihan parit di pekan Kota Marudu tidak dapat diselesaikan, bagaimana dengan isu-isu yang lebih besar?
Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan tanpa perlu ada aduan rasmi. Pekan Kota Marudu adalah kawasan tumpuan utama dan pastinya menjadi perhatian ramai. Keadaan ini bukan sahaja mencerminkan kelemahan pentadbiran tetapi juga mengundang rasa malu kepada penduduk tempatan.
JPKK di setiap kampung perlu memainkan peranan lebih aktif dengan segera memaklumkan kepada agensi kerajaan dan syarikat penyelenggaraan yang telah dilantik. Jangan hanya menunggu dan menyalahkan keadaan – kerja yang sepatutnya dilakukan mesti dilaksanakan dengan segera!
Zaidi Jatil
Kota Marudu, Sabah
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti media sosial saya:
Facebook: Zaidi Jatil
Instagram: @zaidi_jatil
X/Twitter: @zaidijatil
Tonton video penuh di sini:
Klik untuk menonton