Saya berbesar hati dapat merasmikan Kejohanan Bola Tampar Terbuka PDM Kampung Beliajung, Kota Marudu. Kejohanan ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut mengukuhkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding serta kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini. Semoga ia menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola tampar serta menyemarakkan lagi budaya sukan di Kota Marudu.
Selepas perasmian, saya juga berkesempatan untuk menziarahi beberapa rumah dan meninjau cadangan projek pembinaan Dewan Masyarakat Kampung. Insya-Allah, usaha akan digerakkan untuk merealisasikan permohonan ini bagi kepentingan belia dan masyarakat setempat.
Terima kasih kepada Sdra Jaiundin selaku Pengerusi Penganjur, Tuan Ramlie Lasang, serta Tuan Haji Polok selaku penasihat yang turut bersama dalam menjayakan program ini.
Teruskan bersukan, teruskan bersatu!
π Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca
π Ikuti perkembangan terkini di:
π Facebook: Zaidi Jatil
π Instagram: @zaidi_jatil
π Twitter/X: @zaidijatil