Saya berkesempatan mengiringi Sdara Muhammad Kamil Munim, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan, Datoโ Seri Anwar Ibrahim, dalam misi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk di Kota Marudu.
Lawatan ini melibatkan kunjungan ke beberapa kampung yang mengalami kesan banjir yang ketara, termasuk:
- Kg. Bengkongan
- Kg. Langkon Lama
- Kg. Tamisan
- Kg. Selaping
- Kg. Tinodukan Bodi
Dalam lawatan ini, beliau menyampaikan bantuan kewangan serta makanan asas kepada keluarga yang memerlukan. Selain itu, perbincangan telah diadakan dan satu inisiatif telah dipersetujui untuk membina rumah baharu bagi keluarga yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir.
Selepas penyampaian bantuan, beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk setempat dan ahli parti, termasuk penggerak awal dari era reformasi.
Kami amat menghargai keprihatinan dan kesungguhan beliau dalam membantu masyarakat Kota Marudu. Walaupun jadual beliau amat padat, kesudian hadir ke kawasan ini menunjukkan komitmen dalam membantu rakyat yang ditimpa musibah. Lawatan ini juga merupakan kali ketiga beliau ke Kota Marudu dalam usaha membantu mangsa banjir.
Semoga usaha sebegini dapat diteruskan demi kesejahteraan masyarakat setempat.
๐ Baca artikel penuh di sini:
Klik untuk membaca
๐ Ikuti perkembangan terkini di:
๐ Facebook: Zaidi Jatil
๐ Instagram: @zaidi_jatil
๐ Twitter/X: @zaidijatil