Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sabah menyatakan pendirian bahawa tindakan pihak Polis Sabah menahan Fahmi Reza adalah sesuatu yang tidak wajar.
Sebagai seorang seniman dan aktivis, Fahmi Reza telah lama menggunakan karya satira sebagai medium untuk menyuarakan pandangan dan kritikan terhadap keadaan semasa. Namun, adakah ini boleh dianggap sebagai satu jenayah?
Tindakan menahan beliau mendapat reaksi berbeza daripada masyarakat. Namun, selagi mana kritikan yang dilakukan tidak mendatangkan mudarat, perpecahan, atau mencetuskan ketegangan, seharusnya hak beliau untuk bersuara dan berkarya dihormati. Prinsip kebebasan bersuara dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, selagi mana ia tidak menyentuh sensitiviti agama atau raja yang boleh menimbulkan kekacauan dalam negara.
Bagi saya, penahanan Fahmi Reza ini bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang diamalkan oleh kerajaan Madani di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datoβ Seri Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sendiri telah menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju sekiranya Fahmi Reza ditahan hanya kerana satira yang dihasilkan susulan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.
AMK Sabah berpandangan bahawa kritikan melalui karya seni tidak boleh dianggap sebagai satu jenayah, kerana kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin dalam perlembagaan.
Justeru itu, kami menyeru agar pihak Polis Sabah segera membebaskan Fahmi Reza tanpa syarat.
π Baca artikel penuh di sini:
β‘οΈ Klik untuk membaca
π Ikuti perkembangan terkini di:
π Facebook: Zaidi Jatil
π Instagram: @zaidi_jatil
π Twitter/X: @zaidijatil